20 July 2008

Suatu Cetera Yang Indah

Assalamualaikum...

Ermm...da lama blogging nie walaupun aku baru jer memulakan kerjaya blogging nie sejak bulan may lalu..Ntahlaa..macam takder mood nak men blogging nie lagi...tapi bila banyak perkara yang menarik berlaku..aku pun rasa mcm nak kongsi-kongsi sket dgn org yang sudi membacanya..

Ermm...sebulan yang lepas...satu situasi yang amat- amat sukar aku lalui yang sememangnya menduga kesabaran aku...Ermm....aku malas nak cerita tapi ia sememangnya satu dugaan yang tak berapa besar tapi ia sedikit sebanyak mengganggu emosi serta fikiran aku. Segala apa yang berlaku aku cuba tempuhinya dengan mengadu kepada Pencipta aku, aku serahkan segala urusan aku kepadaNya kerana Dia sahajalah yang Maha Mampu mengubah segala yang terjadi. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita, cuma kita ni manusia, yang diciptakan dengan segala jenis kelemahan cepat berputus asa dengan rahmat Dia. Kita selalu mengeluh bila ditimpa dengan ujian yang berlaku tanpa kita sedari sebenarnya ada suatu hikmah dan pengajaran yang cuba Dia tunjukkan. Kesilapan yang aku lihat yang sering manusia terutama remaja "moden" kini lakukan aku cuba elakkan. Alhamdulillah...pokok pangkalnya hati kita.

So..apa yang berlaku sedikit sebanyak mengajar aku erti bersabar serta jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah. Alhamdulillah...nak kata problem aku tu settel..tak laa settel lagi..tapi at least Allah dah banyak tunjukkan rahmatNya pada aku...Dia banyak tunjukkan keajaiban yang aku sendiri tak sangka ianya boleh berlaku. Walaupun Dia belum lagi mengabulkan doa aku, tapi aku tahu yang dia sebenarnya nak aku terus berdoa dan berdoa sambil tu berusaha melakukan apa yang aku inginkan. Cakap tentang usaha plak....pagi tadi before aku gi lab nie, aku terbaca hadis kat kalendar uitm "Bahawasanya Allah S.W.T amat menyanyangi seseorang hamba yang apabila melakukan sesuatu, ia melakukannya dengan bersungguh-sungguh" (Riwayat Baihaqi). WOW!! ini satu lagi petanda yang Allah nak aku terus berusaha mencapai apa yang aku inginkan. Asalkan jangan berputus asa. Benarlah ungkapan yang aku dengar selama ini.."Apabila kita menginginkan sesuatu, maka berdoalah sambil diiringi usaha yang gigih dan bertawakkallah kepada Allah" Doa dan usaha sering aku lakukan dan akan aku terus lakukan....dan my next job is serahkan kepada Allah.