04 October 2008

Kenangan Ramadhan



Bulan Ramadhan berlalu pergi...

Tibanya pula Syawal yang dirai...


Erm...Ramadhan...satu bulan yang amat-amat aku sayangi...

Bulan yang amat-amat aku cintai oleh kerana kedamaian yang terdapat di dalam bulan ini

hinggakan aku masih merasakan ketenangan Ramadhan di dalam diri aku..


Ramadhan kali sememangnya membawa suatu ceritera yang berbeda dari Ramadhan yang lalu buat aku..jika Ramadhan yang lalu...aku masih bersama dengan suatu kisah yang indah yang mungkin takkan luput di dalam ingatan aku..dan kisah itu masih lagi berada di dalam ingatan aku, tapi Ramadhan kali ini, aku sudah kehilangan sebuah memori yang telah aku cipta...


Walaupun Ramadhan kali ini aku rasakan ianya merupakan Ramadhan yang terburuk buat aku..

Namun, aku masih merasakan betapa ketenangan di dalam bulan Ramadhan ini memberikan aku semangat untuk menjadi aku yang baru. Memang, dalam kehidupan kita sendiri, kita perlu berhijrah, dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain, tapi....ianya haruslah lebih baik dari yang terdahulu...


Banyak pengalaman yang manis aku alami ketika bulan ramadhan kali ini. Aku menolong seseorang dan keluarganya pindah rumah yang lokasinya semakin dekat dengan rumah aku..pastu, aku menolong si dia membuat assignment (haha..kebetulan time tu, byk asgment aku da bereh doh)..Secara tak langsung, hubungan aku dan si dia semakin menunjukkan suatu perubahan dari pertama kali aku post blog nie...aku tak mengharapkan apa-apa balasan dia dari aku cuma aku hanya nak biar Allah jer yang reply semua tu..pastu plak..Aku berbuka puasa dengan seseorang di Pavilion, pastu balik malam tu plak..ada amoi cun ajak aku lepak kt White Coffee..hehe..pastu keesokannya harinya aku ngonjeng dgn seseorang..hehe..syok jer igt time tu...


Alhamdulillah...semua perancangan yang Allah aturkan untuk kita adalah yang terbaik..cuma cara penerimaan kita oleh kerana manusia sememangnya diciptakan dengan penuh sifat resah..tak nampak apa di hadapan..tapi bila dah melaluinya..barulah ia sedar akan perjalanan dirinya itu telah dirancang rapi oleh Allah S.W.T.


Aku masih ingat lagi, aku pernah menggelarkan pertengahan hingga hujung tahun 2006 merupakan suatu tempoh waktu yang terburuk buat aku. Tapi itu sewaktu aku sedang melalui perjalanan waktu tersebut, tapi..bila aku berada pada waktu ini, aku merasakan kemanisan waktu yang aku sifatkan sebagai yang terburuk dalam perjalanan hidup aku tu...MasyaAllah..sebab apa?? sebab aku tak nampak apa yang Allah dah atur di depan aku...

Aku harap..Ramadhan 1429 Hijr, bukanlah Ramadhan yang terakhir buatku.


Aku ingin melalui ibadah Ramadhan 1430 Hijr dengan lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Kita hanyalah hambaNya yang bisa merancang..namun...

Dialah penentu segala-galanya
"Biar kering air mata dek kerana rayuan kepada Pencipta
Jangan kering air mata kerana rayuan kepada manusia...."