04 October 2008

Kenangan Ramadhan



Bulan Ramadhan berlalu pergi...

Tibanya pula Syawal yang dirai...


Erm...Ramadhan...satu bulan yang amat-amat aku sayangi...

Bulan yang amat-amat aku cintai oleh kerana kedamaian yang terdapat di dalam bulan ini

hinggakan aku masih merasakan ketenangan Ramadhan di dalam diri aku..


Ramadhan kali sememangnya membawa suatu ceritera yang berbeda dari Ramadhan yang lalu buat aku..jika Ramadhan yang lalu...aku masih bersama dengan suatu kisah yang indah yang mungkin takkan luput di dalam ingatan aku..dan kisah itu masih lagi berada di dalam ingatan aku, tapi Ramadhan kali ini, aku sudah kehilangan sebuah memori yang telah aku cipta...


Walaupun Ramadhan kali ini aku rasakan ianya merupakan Ramadhan yang terburuk buat aku..

Namun, aku masih merasakan betapa ketenangan di dalam bulan Ramadhan ini memberikan aku semangat untuk menjadi aku yang baru. Memang, dalam kehidupan kita sendiri, kita perlu berhijrah, dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain, tapi....ianya haruslah lebih baik dari yang terdahulu...


Banyak pengalaman yang manis aku alami ketika bulan ramadhan kali ini. Aku menolong seseorang dan keluarganya pindah rumah yang lokasinya semakin dekat dengan rumah aku..pastu, aku menolong si dia membuat assignment (haha..kebetulan time tu, byk asgment aku da bereh doh)..Secara tak langsung, hubungan aku dan si dia semakin menunjukkan suatu perubahan dari pertama kali aku post blog nie...aku tak mengharapkan apa-apa balasan dia dari aku cuma aku hanya nak biar Allah jer yang reply semua tu..pastu plak..Aku berbuka puasa dengan seseorang di Pavilion, pastu balik malam tu plak..ada amoi cun ajak aku lepak kt White Coffee..hehe..pastu keesokannya harinya aku ngonjeng dgn seseorang..hehe..syok jer igt time tu...


Alhamdulillah...semua perancangan yang Allah aturkan untuk kita adalah yang terbaik..cuma cara penerimaan kita oleh kerana manusia sememangnya diciptakan dengan penuh sifat resah..tak nampak apa di hadapan..tapi bila dah melaluinya..barulah ia sedar akan perjalanan dirinya itu telah dirancang rapi oleh Allah S.W.T.


Aku masih ingat lagi, aku pernah menggelarkan pertengahan hingga hujung tahun 2006 merupakan suatu tempoh waktu yang terburuk buat aku. Tapi itu sewaktu aku sedang melalui perjalanan waktu tersebut, tapi..bila aku berada pada waktu ini, aku merasakan kemanisan waktu yang aku sifatkan sebagai yang terburuk dalam perjalanan hidup aku tu...MasyaAllah..sebab apa?? sebab aku tak nampak apa yang Allah dah atur di depan aku...

Aku harap..Ramadhan 1429 Hijr, bukanlah Ramadhan yang terakhir buatku.


Aku ingin melalui ibadah Ramadhan 1430 Hijr dengan lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Kita hanyalah hambaNya yang bisa merancang..namun...

Dialah penentu segala-galanya
"Biar kering air mata dek kerana rayuan kepada Pencipta
Jangan kering air mata kerana rayuan kepada manusia...."

29 August 2008

Prisma Kehidupan

Bismillah pembuka bicara...
ermm...entahlah..aku ni xder idea pun nak tulis ape kt blog nie..
tp da tangan ni duk membuka website nie..aku pun
tulis jelaa ape yg boleh ditaip...

ermm...waa..minggu nie minggu Merdeka...hehe
da 51 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan...
tapi seperti biasa, aku tengok fikiran orang zaman skarang nie
masih belum merdeka...pemikiran yang masih dijajah.

Kalau camtu kan..aku memang salute laa kat atok nenek kita dulu..
Walaupun secara zahirnya negara dijajah, tetapi pemikiran mereka xdijajah..
malah mereka masih kuat memepertahankan agama,bangsa dan negara dari penjajahan..
Berbeda dengan orang Melayu zaman skarang, nama jer Melayu dan duduk di negara
Malaysia yang katanya telah merdeka, tetapi berapa kerat jer yang betul-betul telah merdeka rohani dan jasmani...

Tengok sajalah kalau naik lrt..
perasaan berbudi bahasa tu xpernah diamalkan..
kalau ader pun...beberapa kerat jer yang betul2 bagi chance kat
orang2 yang tak berkeupayaan tuk duduk..
slebihnya..bye bye jelaa..

Pastu kalo tgk remaja zaman skang..tgk cmne depa berpakaian..
pergaulan serta yang paling penting..tgk cmne pemikiran diorang??
Siang2 lepak..berhibur sampai tak ingat akhirat...
huuhuu..
aku sedey laaa..walaupun aku ni bukanlah seorang yang sempurna dari segala segi..
tapi aku sedih..di mana nilai agama yang telah dididik semenjak kecil...
pergaulan yang terlalu bebas sehingga mampu melahirkan seorang lagi
makhluk Allah di muka bumi nie...
Kalau lahir secara halal..baguslah...meramaikan lagi umat Nabi Muhammad S.A.W...
tapi..lahir secara haram...malu plak nak ngaku depa tu saudara seagama aku...huhu
tu satu bab..bab yang lagi satu plak..Hubungan sejenis...
Adehhh!! ntahlaaa..aku pun tak paham....
manusia ni dah dilahirkan dengan fitrah yang menyukai pasangan yang berlainan jantina..
tapi..mcm mana bleh plak tjatuh hati dengan pasangan yang sama jenis??
huhu..
aku ni pun walaupun byk kali gak dikecewakan oleh perempuan..
tp Alhamdulillah...minat & ransangan aku pada perempuan tu tak pernah luntur...
Syukur...
Cuma..aku sedih..apa yang paling ditakuti oleh junjungan kita...benar-benar dah berlaku...dan yang menjadi sebegitu adalah saudara seagamaku sendiri plak tu...
ISLAM!!! huhu...

Ya Allah...tolonglah selamatkan umat ini Ya Allah...
Berikanlah kami kekuatan menghadapi segala ujian yang engkau turunkan
dan golongkanlah kami sebagai HambaMu dan Umat Nabi Muhammad S.A.W...
Hanya redhaMu yang aku harapkan....

01 August 2008

Hargailah...


Sememangnya lumrah dalam hidup kita, kita inginkan sesuatu..
Tetapi sukar untuk kita temuinya.
Apabila kita temuinya, kita tidak pernah menghargai apa yang telah dikurniakan
Itulah lumrah manusia, tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.
Bila sudah hilang, kita akan terasa benar-benar ingin menghargai segala apa yang pernah kita miliki.

Sikap manusia inilah yang sebenarnya telah menjadikan manusia jarang bersyukur dengan apa yang Allah beri.
Kelemahan manusia adalah kekuatan bagi nafsu untuk terus memperngaruhi fikiran serta emosi manusia.

Yer..harus kita akui bahawa manusia sememangnya amat-amat lemah dan selalu meresahkan diri dengan sesuatu yang mereka sendiri tak menganggap ianya berlaku.
Namun, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Aku paling suka mendengar madah ini
"Bila Allah cepat memakbulkan doa kita
Ia menyayangi kita
Bila Allah lambat memakbulkan doa kita
Ia menguji kita
Bila Allah tidak memakbulkan doa kita
Ia merancang sesuatu yang terbaik buat kita"

Ya, aku yakin, aku pasti serta aku berserah kepadaNya
Aku yakin ada suatu sinar yang menanti aku di penghujung resah ini.
Cuma aku selaku manusia yang diciptakan dengan sifat keluh kesah
selalu tidak pernah bersabar serta memandang dari sudut hikmah bagi sesuatu kejadian.
Apa yang perlu adalah...

KEYAKINAN YANG KUAT KEPADA ALLAH S.W.T
DIA PENCIPTA KITA, DIA MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT KITA










20 July 2008

Suatu Cetera Yang Indah

Assalamualaikum...

Ermm...da lama blogging nie walaupun aku baru jer memulakan kerjaya blogging nie sejak bulan may lalu..Ntahlaa..macam takder mood nak men blogging nie lagi...tapi bila banyak perkara yang menarik berlaku..aku pun rasa mcm nak kongsi-kongsi sket dgn org yang sudi membacanya..

Ermm...sebulan yang lepas...satu situasi yang amat- amat sukar aku lalui yang sememangnya menduga kesabaran aku...Ermm....aku malas nak cerita tapi ia sememangnya satu dugaan yang tak berapa besar tapi ia sedikit sebanyak mengganggu emosi serta fikiran aku. Segala apa yang berlaku aku cuba tempuhinya dengan mengadu kepada Pencipta aku, aku serahkan segala urusan aku kepadaNya kerana Dia sahajalah yang Maha Mampu mengubah segala yang terjadi. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita, cuma kita ni manusia, yang diciptakan dengan segala jenis kelemahan cepat berputus asa dengan rahmat Dia. Kita selalu mengeluh bila ditimpa dengan ujian yang berlaku tanpa kita sedari sebenarnya ada suatu hikmah dan pengajaran yang cuba Dia tunjukkan. Kesilapan yang aku lihat yang sering manusia terutama remaja "moden" kini lakukan aku cuba elakkan. Alhamdulillah...pokok pangkalnya hati kita.

So..apa yang berlaku sedikit sebanyak mengajar aku erti bersabar serta jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah. Alhamdulillah...nak kata problem aku tu settel..tak laa settel lagi..tapi at least Allah dah banyak tunjukkan rahmatNya pada aku...Dia banyak tunjukkan keajaiban yang aku sendiri tak sangka ianya boleh berlaku. Walaupun Dia belum lagi mengabulkan doa aku, tapi aku tahu yang dia sebenarnya nak aku terus berdoa dan berdoa sambil tu berusaha melakukan apa yang aku inginkan. Cakap tentang usaha plak....pagi tadi before aku gi lab nie, aku terbaca hadis kat kalendar uitm "Bahawasanya Allah S.W.T amat menyanyangi seseorang hamba yang apabila melakukan sesuatu, ia melakukannya dengan bersungguh-sungguh" (Riwayat Baihaqi). WOW!! ini satu lagi petanda yang Allah nak aku terus berusaha mencapai apa yang aku inginkan. Asalkan jangan berputus asa. Benarlah ungkapan yang aku dengar selama ini.."Apabila kita menginginkan sesuatu, maka berdoalah sambil diiringi usaha yang gigih dan bertawakkallah kepada Allah" Doa dan usaha sering aku lakukan dan akan aku terus lakukan....dan my next job is serahkan kepada Allah.

29 May 2008

Ikan Yang Takde Kat Malaysia







Hmm..Indah Sungguh Serta Berkuasanya Allah...
Cuba kita lihat bagaimana kita ini makhluknya serta hambaNya yang teramat-amat lemah. Begitu banyak ikan yang kita makan kat dunia ini, termasuk gak ikan2 yang diimport ke...ikan local ke..tp pernah ke kita jumpa ikan nie..
Insafilah wahai umat akhir zaman...betapa banyak kekuasaan yang Allah tunjukkan pada kita melalui makhluk yang diciptaNya..namun segala-galanya terpulang kepada kita tuk menyelami dasar rahsia keagungan Allah yang hakiki...

26 May 2008

May


Hmm...bulan nie satu bulan yg betul2 menguji kesabaran aku...

yelaa...1 bulan yang banyak prob.berlaku...

rumah aku kena renovate...pastu aku ader plak problem sket dgn mak aku...

awek aku kt plkn plak...bila aku kol....angkat..pastu..trus letak..

msg plak xrply..

hmm...Ya Allah...terasa hebat benar dugaan yg Kau berikan..

namun...sebenarnya kalo dilihat secara maknawinya...

memang ia satu perkara yang masih kecil...

bukan kehilangan seseorang pun...

tp tiga tekanan yg datang ni cukup meletakkan aku dlm keadaan yang agak pressure...

Tp...igtlaaa...setiap kesusahan yang Allah kurniakan kepada manusia...

ianya pasti akan disusuli dengan kesenangan...

Ini semua hanyalah sebahagian dari dugaan yang Allah rencanakan untuk aku...

Aku Pasrah...