31 January 2009

Ke Mana Perginya Kepercayaan Mereka Kepada Tuhan?


Assalamualaikum...ermm...memang da lame aku x tulis pape kt blog nie...ntahler..myB bz kot..haha


Tujuan aku menulis kini sebab ada artikel yang menarik perhatian aku di dalam akhbar Utusan hari ini di mana terdapat satu berita yang menceritakan tentang amaran yang dilakukan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menentang secara keras tentang penggunaan nama Allah di dalam akhbar mingguan Herald Catholic edisi bahasa Melayu.
Aku secara 100% menyokong tindakan beliau dan aku harap agar semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan masih menyayangi agamanya juga turut membantah secara keras akan penggunaan ini. Jika dilihat dari satu sudut aspek, mungkin ada yang menyangka bahawa akhirnya penganut agama Kristian ini mengaku juga bahawa Allah itu Tuhan mereka. Tetapi jika kita cuba perhalusi tindakan mereka ini, ini sebenarnya merupakan salah satu dari berjuta agenda yang telah mereka rancangkan untuk mengelirukan kepercayaan umat Islam di dalam agama Islam itu sendiri. Kenapa ini boleh berlaku? senang saja jawapan yang boleh diberi, tiada kekuatan ukhwah fillah di dalam diri masyarakat Islam di Malaysia ini. Kekuatan itu hanya datang jika adanya isu yang ditimbulkan yang dilihat menghina agama sendiri, tetapi jika tidak.....Hanya Pergaduhan sesama agama yang sering ditimbulkan. Itulah Melayu Islam. Pada aku, Melayu ini sangat bernasib baik oleh kerana Parameswara dulu telah diberi hidayah oleh Allah S.W.T untuk memeluk agama Islam, kalau tidak, tentu Melayu ini masih dengan kepercayaan Hindunya yang sememangnya kita lihat masih lagi terdapat di dalam adat-adat Melayu kini.
Berbalik kepada isu tadi, aku sekali lagi terfikir...Nampak sangat penganut Kristian ini tidak mempunyai kepercayaan yang utuh kepada tuhannya. Kenapa? Jesus yang diangkat sebagai tuhan oleh Kristian sendiri pun tidak pernah mengaku dirinya tuhan. Sebab tu, macam mana kekuatan di dalam diri penganut Kristian nak kuat disebabkan manusia yang mereka anggapnya tuhan sendiri pun berTuhan dan mempunyai kepercayaan yang kuat kepada Tuhan Yang Satu, ALLAH. Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya. So..memang dilihat kepercayaan kepada Jesus oleh penganut Kristian sendiri kelihatan semakin terumbang ambing dan seolah-olah lebih mengEsakan Allah walaupun niat mereka untuk mengelirukan masyararakat Islam dengan dakyah-dakyah palsu mereka.
Sememangnya Islam dan Kristian suatu ketika dulu berasal dari satu syariat yang sama hatta jika kita imbau kembali sejarah sebelum Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasul terakhir, Pendita yang melihat tanda kenabian pada junjungan kita sendiri pun menganut agama yang disampaikan oleh Nabi Isa A.S (Jesus). Tetapi, setelah bermulanya detik Muhammad bin Abdullah diangkat menjadi Rasul, segala syariat yang ada di dalam Kristian telah terbatal secara mutlak dan Allah S.W.T sendiri telah mengakui bahawa hanya Islam sahaja merupakan agama yang diredhaiNya sehingga tertiupnya Sangkakala oleh petugasNya, Israfil. Oleh yang demikian, kepada umat Islam sekalian, berhati-hatilah dengan artikel-artikel yang anda dapat sama ada di internet, mahupun menerusi flyers2 yang diedarkan, jangan mudah percaya dengan dakyah-dakyah Kristian, rujuklah kepada alim ulama' dahulu sebelum mempercayainya.



Ya Allah S.W.T kurniakanlah kepada aku,keluargaku serta zuriatku dan Mu'minin dan Mu'minat jalan yang lurus yang menuju kepadaMu Ya Allah..Kuatkanlah hati kami untuk terus beramal keranaMu Ya Allah...

No comments: